Monday, January 10, 2011

Bungsamran- Bangkok

Salam, Pejam celik dah lebih 9 hari kita ditahun baru tahun 2011, sejak kebelakangan nih penulis rasa seperti tak cukup masa ja. Dengan trip trip yang telah disusun dan komitment yang akan datang harap-harap kesibukan akan beransur kurang apabila ke pertengahan tahun nanti.. 

Seperti biasa Air Asia yang menawarkan tambang murah dan mampu dibeli, perjalanan dari LCCT ke Survanabumi mengambil masa 2 jam.

Trip yang cuba dilaporkan ni juga merupakan trip penutup tahun 2010.. pada trip ke bangkok kali ini, penulis membawa bersama 10 pemancing dari Malaysia untuk mencuba di Kolam Bungsamran Di Bangkok. Rata-rata kebanyakan sahabat yang dibawa merupakan kali pertama menjejakkan kaki kesana. Dengan set up yang telah diterangkan dan teknik yang akan dugunakan kami telah menyediakan segala kelengkapan yang perlu kesana.

Shutle bus disediakan di lapangan terbang survanabumi.

Spesis yang di buru sudah tentulah spesis kebanggaan negara Thailand, apa lagi klau bukan spesis Plabuk yang asalnya mendiami sungai mekong di Thailand. Sememangnya terkenal dengan tahan lasak dan daya juang yang tinggi, penulis menasihatkan agar rakan-rakan mebawa bersama set-set pancingan berkekuatan PE4 keatas bertujuan mempercepatkan perlawanan dan seterusnya dapat melepaskan ikan yang ditangkap didalam keadaan cergas dan kuat.

Pemancing dari malaysia dari kiri Wak sani, Azli, Noob, Pikok, Ringgo, Slimmer, Airpool, Penulis dan Rudy. Perjalanan dari airport ke Bungsamran mengambil masa 1 jam, sesampai disana penulis menguruskan kemasukan dan check in sebelum dibenarkan memancing.
Guide yang menyediakan semua ikatan Fg kepada pemancing, teknik dan umpan juga disediakan mereka. Pada kali ini 3 guide diperlukan untuk membantu kami memancing disini.
7 seas proshop antara kedai pancingan yang terlengkap yang pernah dikunjungi penulis. Penulis tidak melepaskan peluang untuk membeli sedikit barangan untuk keperluan dan kegunaan memancing.
Set pancingan yang telah siap diletakkan umpan dan dilontarkan ketengah kolam, menunggu strike dari plabuk. awal-awal kurang sambutan, selepas setengah jam baru plabuk mula frenzy membaham umpan yang dihidangkan.
Keadaan persekitaran tempat penginapan kami, dikelilingi dengan chelet-chelet terapung diatas kolam.
Rudy diantara sahabat yang terawal melayan plabuk.
Pikok dengan hasil tangkapan awal2 strike.
Azli selepas 1st strike terus berehat mengambil nafas semula..takpa pelan-pelan bro
Ringgo dengan plabuk bersaiz kasar..
Slimmer dengan kain pelikat dan Wak Sani bersama plabuk mereka.
Ringgo lagi bersama penulis pula.
Selepas beberpa srtike secara terus, ringgo juga berehat mengambil nafas..
Penulis dengan plabuk
Keadaan seperti ini selalunya memihak pada mangsa apabila mangsa mengajak pemancing bermain dicelah celah tiang Chelet, mana tahan nak lift up sambil memaksa plabuk keluar, sakit pinggang ooo..
Selepas ringgo mengambil nafas, sekali lagi beliau bergasak, kali ini double srtike bersama Rudy. geng 08..
Pikok dan ringgo
Tahan bro, jangan kasi lepas..penat pun kena bertahan juga..
Dewa 7 lautan 1 yang bermain dengan ikan kolam, tak hanyir ke bro?
2 LAWAN 1 .. ini tidak adil...haha
Klau la plabuk tu tak lompat masuk kain..2 hari 2 hari la slimmer dan D7L1 berkain pelikat aje..mentang-mentang la teror..
Antara Plabuk yang bersaiz kasar..
Perh..gaya musti ade..
selepas mancing bolehla berehat-rehat disofa yang disediakan..sambil melihat gelagat kengkawan mancing
Menu-menu yang dihidangkan, antaranya asparagus Goreng..
Tomyam Campur siam..
Kerapu sweat sour
Sessi malam juga tidak kurang hebatnya, wak dengan plabuk sessi malam..
Penulis tumpang bergambar aje..
Malam juga bleh double strike, sememangnya ikan disini tidak mengenal waktu makan, rasanya bila bila umpan dilabuhkan pasti ada yang menyambutnya dibawah.
Sessi pagi keesokkan harinya..bangun pagi mancing lagi..
Menguji rod baru ya..
Plabuk saiz yang memuaskan..tapi saiz 50kg keatas masih belum dapat dinaikkan.
Bersiap siap untuk balik kemalaysia. sempat juga SMS dan tepon KDN dirumah..terima kasih buat KDN yang menjaga anak2 sepanjang penulis pergi memancing.
Selamat Tinggal Bangkok.

Ribuan terima kasih pada Pikok yang banyak membantu teman dan semua ahli trip yang sproting, insyaAllah ada rezeki kita ke IT Monster lake dan BSR penghujung tahun ni.. Laporan BSR tahun 2009 dan segala perincian yang diperlukan. 

7 comments:

Paddy Pike said...

Greetings Fahiz,
Very nice to see so many friends having so much fun and many great captures,
Regards,
,,,Paddy,,,

Fahiz Hussin said...

Paddy thanks for the comment, hope they are satisfied and enjoy fishing on this trip.

GABAN said...

SALAM,BERMINAT SGTx100 NAK TARIK PLABUK,MTK MIKA BG INFO SKIT KT TEMAN,BRAPE ESTIMATE ONGKOS NAIK FLIGHT,HOTEL,MKN MINUM,MEMANCING KE BUNGSAMRAN?KL GUNA MULTIPLIER BPE KAKI ROD YG RATA2 DORG PKAI KT BUNGSAMRAN?HAIT...ARIGATO GOZAIMAS

Fahiz Hussin said...

Salam gaban!! sory lambat reply...klau nak mancing sana angaran sorang RM1,000-1500 all in termasuk flight mkn dan tempat tidur..rod klau boleh guna yg pendek sebab mudah nak control ikan.. reel guna apa pun okay asal main line PE4 keatas..harap dapat membantu..

Mr.J said...

pergi sana bro arrange sendiri atau pakai guide? ada beberapa agency pelancong buat mancing package kat sana

jeje said...

Ceux-ci sont classés comme les défis achat chaussures tennis asics similaires qui pourraient faire face à l'équipe virtuelle multiculturelle de Nike. Par conséquent, gardez à l'esprit qu'un logo d'entreprise est une information qui rappelle une marque particulière. En dehors Air Jordan 31 Homme de son design et de ses contours uniques, il se vante de la sangle non amovible qui est attaché avec le haut. Un nike pas cher livraison rapide nouveau produit dans lequel vous gagnez de l'argent ira dans le monde réel de l'utilisation. C'est généralement un briquet assez solide nike air jordan basketball academy et fiable avec des caractéristiques (et le prix) qui ne pouvaient pas être appréciées par le débutant. Caractérisé par l'originalité et l'expressivité de Nike Shox Navina; baskets asics fluo composition imaginative imaginative.

Unknown said...

o9o50y6p95 w2l13b3w69 l7t39u5g87 e8i73u5y36 e1z17b0c10 w6q69i1d19

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.